
PILIHAN PENGINAPAN BAITUN NAHRI
RUMAH BUNGA RAYA
Boleh memuatkan 2 orang dewasa. Rumah yang paling hampir dengan sungai. Rekabentuk rumah yang unik kerana tandas berada diluar. Mempunyai ruangan dapur yang selesa, kelengkapan untuk memasak dan sedikit bahan asas untuk memasak.
bermula dari:
RM 300
satu malam
RUMAH KENANGA
Boleh memuatkan 5 orang dewasa. Mempunyai beranda yang luas. Sesuai untuk aktiviti berkeluarga. Mempunyai ruangan terbuka (tanpa bilik) yang selesa dan ruangan dapur yang selesa, kelengkapan untuk memasak serta sedikit bahan asas untuk memasak.
bermula dari:
RM 450
satu malam
RUMAH BULOH KUNING
Rumah Buloh Kuning mempunyai 4 buah bilik (berasingan) iaitu Melati, Kejora, Rose dan Bidara. Bilik ditingkat atas ialah Rose dan Melati. Manakala, ditingkat bawah ialah Bidara dan Kejora. Setiap bilik memuatkan 2 orang dewasa yang berharga RM180 untuk satu malam. Setiap bilik Rumah Buloh Kuning TIDAK disediakan penghawa dingin tetapi mempunyai kipas angin syiling serta kelengkapan asas bilik tidur. Golongan kurang upaya digalakkan penginap di bilik tingkat bawah iaitu Bilik Bidara dan Kejora.
bermula dari:
RM 180
satu malam
RUMAH TANJUNG
Boleh memuatkan 4 orang dewasa. Mempunyai beranda yang luas untuk berehat sambil menikmati kesegaran alam semulajadi. Terdapat 2 bilik dan ruangan dapur yang selesa, kelengkapan untuk memasak serta sedikit bahan asas untuk memasak.
bermula dari:
RM 400
satu malam
RUMAH CHEMPAKA
Boleh memuatkan 8 orang dewasa. Rumah yang berdekatan dengan sungai. Mempunyai beranda yang luas untuk aktiviti keluarga.
Mempunyai 1 bilik yang luas dan ruang terbuka (tanpa bilik). Terdapat ruangan dapur yang selesa, kelengkapan untuk memasak dan sedikit bahan asas untuk memasak.
bermula dari:
RM 800
satu malam