RUMAH KACA

​Rumah Kaca mempunyai 6 buah rumah iaitu Daisy, Jasmin, Kekwa, Lili, Orkid dan Tulip yang berkonsepkan rumah binaan ringan, moden-kuno (moden tropika).
Berdekatan dengan sungai yang mengalir dari pergunungan.
Terletak dicelah-celah pokok buluh dan lanskap alam semulajadi. Disekelilingnya terdapat pokok berangan hutan dan pokok-pokok kayu hutan besar, yang mempunyai akar kuat mencengkam bumi dan tebing sungai.
Menginap di Rumah Kaca seolah-olah mempunyai dua mood yang berbeza iaitu perasaan tenang, santai bersama keindahan alam, seolah-olah anda melakukan aktiviti riadah dan perkhemahan di dalam sebuah bilik dihiasi dengan dekorasi serba mewah dan selesa.
Sesuai untuk untuk 2 Dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 6 tahun) atau 2 Dewasa dan seorang kanak-kanak (bawah 12 tahun).
Rumah Kaca tidak mempunyai bilik air (tandas & tempat mandi) di dalam setiap rumah. 4 buah bilik air berada disediakan diluar khas untuk penginap Rumah Kaca sahaja.
Penginap Rumah Kaca boleh melakukan aktiviti beriadah bersama ahli keluarga dan kawan-kawan seperti aktiviti mandi-manda di sungai dan BBQ.
Sarapan pagi tidak disediakan semasa harga promosi.

KEUNIKAN & KEMEWAHAN RUMAH KACA

  • Atap bumbung Rumah Kaca diperbuat daripada bulu Jerami Ijok iaitu sejenis pokok palma hutan.

  • Susunan atap ini sangat sukar untuk disatukan. Ia dijahit lapisan demi lapisan sehingga menjadi tebal.

  • Penggunaan atap ini membantu menyerap haba panas dan menjadikan rumah bersuhu sejuk.

  • Disetiap bucu atap ini terdapat mahkota dan tanduk sebagai aksesori tambahan yang diperbuat daripada tanah liat.

  • Dinding kaca digelapkan (tinted) dan dipasangkan langsir yang tebal di dalamnya untuk keselamatan dan keselesaan tetamu.

  • Beranda berhadapan dengan kawasan sungai.

  • Pengunjung menikmati udara segar, sejuk terutamanya waktu malam dan pagi.

  • Irama syahdu dari alam bunyian unggas, kunang-kunang, kicauan burung, ayam berkokok memecah keheningan pada waktu subuh, bunyi deruan air sungai yang mengalir deras disulami dengan bauan alam semulajadi.

harga dari :

RM 270

satu malam

MAKLUMAN

Check-In : **2.00pm-6.00pm

** Waktu Check-in Rumah Bubinga bermula 3.00ptg

Check Out : 12.00tgh

** Kepada tetamu yang ingin Check-In selepas pukul 6.00ptg, Sila HUBUNGI Hotline No. untuk Aturan pengurusan Check-in.

Hotline No. :

Rumah Sungai & Kampung Bubinga : 019-7906 533

Rumah Hutan : 016-2472 133

© Copyright 2020. All Rights Reserved