top of page
IMG_4130.jpg

RUMAH KACA HELICORNIA

​Rumah Kaca Helicornia yang berkonsepkan rumah binaan ringan, moden-kuno (moden tropika).

Berdekatan dengan sungai yang mengalir dari pergunungan.

Terletak dicelah-celah pokok buluh dan lanskap alam semulajadi. Disekelilingnya terdapat pokok berangan hutan dan pokok-pokok kayu hutan besar, yang mempunyai akar kuat mencengkam bumi dan tebing sungai.

Menginap di Rumah Kaca seolah-olah mempunyai dua mood yang berbeza iaitu perasaan tenang, santai bersama keindahan alam, seolah-olah anda melakukan aktiviti riadah dan perkhemahan di dalam sebuah bilik dihiasi dengan dekorasi serba mewah dan selesa.

Sesuai untuk untuk 2 Orang Dewasa SAHAJA.

Rumah Kaca tidak mempunyai bilik air (tandas & tempat mandi) di dalam setiap rumah. 4 buah bilik air berada disediakan diluar khas untuk penginap Rumah Kaca sahaja.

Penginap Rumah Kaca boleh melakukan aktiviti beriadah bersama ahli keluarga dan kawan-kawan seperti aktiviti mandi-manda di sungai dan BBQ.


 

bermula dari:

RM 400

satu malam

FASILITI

  • 1 tilam saiz queen  

  • 4 bantal kepala

  • 1 bantal peluk

  • 1 comforter saiz queen

  • Sejadah

  • 2 tuala besar

  • Televisyen MyTV

  • Penghawa Dingin & Kipas angin siling

  • 2 Kerusi rehat di beranda menghadap sungai

  • 1 jag air mata air

  • Kettle (saiz kecil)

  • Sudu, garfu, cawan, pinggan dan mangkuk

  • 1 Cermin muka

  • Pit BBQ , tapak & meja BBQ

  • Side table

bottom of page