
HEAL YOUR SOUL, MIND & BODY
with Holistics Relaxing Therapy
Semak kekosongan Rumah Penginapan

Rumah Sungai Baitun Nahri
Rumah berkonsepkan Inap Desa yang mendamaikan & sungguh nyaman. Riadah bersama keluarga disini memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Deruan air sungai santapan hawa telinga setiap masa sambil beriadah merasai kesejukkan yang luar biasa.

Kampung
Bubinga
Seni bina aneh dari kayu bubinga mudah dilentur, tahan lama, dihiasi dengan sulaman klarai pohon bertam.
Berkonsepkan tidur lambak di atas tilam empuk (tanpa katil) menggamitkan suasan zaman 60-an berkumpul sanak-saudara memenuhi rumah.
Rumah Seni
Berkonsepkan gabungan seni tradisi Istana Jawa Purba dan kemelayuan Dekorasinya yang mewah, atap diperbuat daripada tanah liat dan suasana hiasan hutan yang begitu indah seolah-olah berada di dalam satu alam yang lain. Bertemankan hidupan alam memberikan pengalaman yang tidak pernah dirasai dimana-mana.

Rumah Melayu
Rumah berkonsepkan kemelayuan berada dilokasi yang sangat nyaman, bertemankan alam. Hiasan dinding sulaman klarai, dan ukiran kayu pada perabot mempamerkan konsep seni luar biasa. Malam begitu indah dengan bunyi-bunyian alam, udara malam dan hening subuh yang menakjubkan.


Rumah Bonda
Rumah pertama yang dibangunkan di Rumah Hutan, dahulunya diduduki oleh Bonda Rozita. Seni rekaan dalamannya yang digabungkan dengan ciri tradisional rumah negeri Terengganu, Pahang dan Rumah Orang Asli yang hanya dibina daripada klarai buloh serta sedikit belahan batang bertam.
Rumah Bonda teratak indah ditengah-tengah puncak bukit yang tertinggi dihiasi landskap alam. Malam heningnya kedengaran cengkerik, kodok dan unggas dengan hidupan alam.
Aura rumah hutan mengimbau zaman kegemilangan kekayaan adat orang melayu.

Aktiviti Menarik

Tubing

Morning Walk

Selfie-spot
