Rumah SENI BATAK

1/9

Rumah Seni Batak berkonsepkan seni kemelayuan ala kampung pada zaman dahulu yang mempunyai konsep loteng. 


Rumah Seni Batak mempunyai 5 buah rumah iaitu :

  • Batawali

  • Cenderawasih

  • Siantan

  • Teratai

  • Santaliar

Setiap rumah boleh memuatkan 7 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.

Rumah Seni Batak mempunyai konsep yang terbuka (tanpa bilik) dan tiada katil. Konsep ini mengembalikan kenangan zaman dahulu yang tidur hanya beralaskan tilam dan tidur beramai-ramai. 

Rumah Seni Batak mempunyai 2 tingkat. Tingkat bawah mempunyai ruang luas untuk bersantai, ruang dapur yang selesa dan bilik air. Tingkat atas pula mempunyai ruangan istirehat berloteng dan di beranda terdapat kerusi dan meja santai untuk menikmati panorama alam semulajadi. 

 

Keunikan Rumah Seni Batak adalah :

  • Menggunakan bahan mesra alam dalam pembuatan bumbung iaitu daripada tanah liat.

  • Bumbung tanah liat ini lama-kelamaan akan ditumbuhi dengan lumut yang sangat bagus untuk menyerap haba dan membantu menyejukkan rumah.  

  • Dinding kayu adalah daripada kayu jenis bubinga yang sangat kukuh, tahan lama dan mudah dilentur. 

  • Mempunyai kawasan riadah untuk bermandi manda di sungai yang eksklusif. 

  • Hanya penginap Rumah Kayu Bubinga sahaja boleh beriadah, bermandi-manda di kawasan sungai.

harga bermula dari :

TBC

satu malam

MAKLUMAN

Check-In : **2.00pm-6.00pm

** Waktu Check-in Rumah Bubinga bermula 3.00ptg

Check Out : 12.00tgh

** Kepada tetamu yang ingin Check-In selepas pukul 6.00ptg, Sila HUBUNGI Hotline No. untuk Aturan pengurusan Check-in.

Hotline No. :

Rumah Sungai & Kampung Bubinga : 019-7906 533

Rumah Hutan : 016-2472 133

© Copyright 2020. All Rights Reserved