RUMAH SENI MAJAPAHIT

Rumah Seni Majapahit berkonsepkan gabungan seni tradisi Istana Jawa dan kemelayuan. Kesenian setiap ukiran kayu dekorasi rumah, jendela, lantai dan perabot diilhamkan oleh Bonda Rozita. Kemewahan dekorasi Melayu Jawa Purba di Rumah Seni ialah atap tanah liat yang diimport dari luar negara yang dibuat menggunakan tangan (bukan genting atap biasa).
Terdapat 6 buah unit RUMAH SENI MAJAPAHIT yang terletak di Rumah Hutan Terapi Alam. Rumah Seni adalah sebuah penginapan yang unik serta mewah dibina di atas bukit yang tinggi.
Lokasi Rumah Seni terletak di dalam hutan atas ilham Bonda Rozita mengkhayalkan seakan-akan alam bunian atau berada di zaman purba kesultanan melayu.

Senarai Pilihan Penginapan di Rumah Hutan (Rumah Seni)