top of page

BANGLO BINTANG

Rasai pengalaman percutian eksklusif di Banglo Bintang, penginapan ideal untuk keluarga besar atau kumpulan sehingga 15 orang. Banglo ini menawarkan tiga bilik tidur dan tiga ruang tamu yang luas, lengkap dengan katil day bed dan double decker untuk keselesaan maksimum.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV, peti sejuk, Coway, dan microwave, anda juga akan disambut dengan sajian istimewa seperti kopi JRM, biskut, jus signature dan kek Tapak Kuda. Hidangan harian termasuk Hi-Tea dan makan malam yang dihantar terus ke rumah, serta sarapan enak di warung berdekatan.

Untuk pengalaman yang lebih relaks, nikmati sauna dan Rendaman Paku Serani secara PERCUMA untuk 4 ORANG. Harap maklum, penginapan ini tidak sesuai untuk pengguna kerusi roda.

Bilangan Bilik : 4 Bilik

Katil King : 2 set

Katil Queen : 2 set

Single Bed : 2 set

Tilam : 2 set

  1. KEDUDUKAN BANGLO BINTANG INI ADALAH DI TINGKAT ATAS DAN HANYA TANGGA DISEDIAKAN UNTUK NAIK KE BANGLO. TIADA LIF ATAU ALAT BANTUAN UNTUK MEREKA YANG BERKERUSI RODA.

  2. 3 unit Tandas Disediakan dan Tandas berada di tingkat bawah. (perlu menuruni tangga).

  3. Tetamu TIDAK DIBENARKAN untuk memasak di dalam atau di luar rumah Banglo Bintang ini.

Rumah Hutan Terapi Alam, Jalan Lama Genting, 44300, Batang Kali, Selangor
+6019-7908 133
+6016-247 2133
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube

© Copyright 2024. All Rights Reserved

bottom of page