top of page

Pilihan Penginapan Perkampungan Bubinga

LR-116_edited.jpg

Banglo

Tunjuk Tapak

  • Sesuai untuk 15 ORANG

  • Rumah 2 Tingkat yang luas

  • Mempunyai Dapur yang selesa

  • Harga bermula dari RM 3,500 / malam

  • 1 Unit Sahaja

DSC07689.jpg

Rumah

Kayu Bubinga

  • Sesuai untuk 5 ORANG

  • Ruang Terbuka yang luas, Tiada Bilik dan Tiada Katil

  • Tilam empuk dan bantal disediakan

  • Ruang Loteng untuk istirehat

  • Harga bermula dari RM 800 / malam

  • 5 unit sahaja ( Jika ingin menempah lebih dari 1 unit, sila buat tempahan secara berasingan )

Hotline No. untuk dihubungi : 016-2472 133 | 016-7719 343

LR (42 of 200).jpg

PERKAMPUNGAN BUBINGA

Menerokai Rumah Hutan Terapi Alam  dan Rumah Sungai Baitun Nahri resort yang berkonsepkan wellness & spa resort, memartabatkan seni peradaban melayu purba dengan cara tersendiri, gah dengan nilai prestij kegemilangan seni majapahit dari binaan kayu dan batu-batu alam.

Seni bina aneh dari kayu bubinga yang boleh dilentur, kelihatan seperti rumah setingkat tetapi berloteng menghadap sungai.

Dikala malam damai angin sayup beralun, deruan air sungai dan seni indah tersusun.

Bertemankan siling sulaman klarai pohon bertam, tidur lambak diatas tilam empuk menggamit suasana zaman 60-an berkumpul sanak saudara.

Pagi yang cerah, tampak halaman rumah tersergam indah. Kabus pagi menyusup diruang loteng tatkala hening subuh. Atap tanah liat dan seni binanya satu imaginasi halus kerja kemas kesenian alam.

Keindahan landskap taman selfie spot dan alam semulajadi sesuai dengan kedudukannya di garis banjaran khatulistiwa tertua di Malaysia.

Bonda Rozita Ibrahim

Pengasas Produk Kesihatan herba

Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya

bottom of page