top of page

VILLA KEMALA

Luxury Eco Villa

Villa mewah eco rimba yang terletak di Rumah Sungai Baitun Nahri. Ianya kawasan private yang lengkap dengan kolam renang di dalam setiap Villa. Satu unit Villa Kemala mempunyai 2 tingkat dan 3 bilik yang luas dan disediakan katil mewah. Perabot dan rekaan dalaman berkonsepkan gabungan perancis dan inspirasi dari eropah.

Villa Kemala sangat sesuai untuk aktiviti santai riadah bersama keluarga besar kerana ia boleh memuatkan seramai 10 orang. Tersedia dengan ruangan untuk BBQ yang luas dan kolam renang di luar yang selesa dan tertutup. Basikal juga disediakan untuk ahli keluarga beriadah menikmati kawasan Villa Kemala yang memukau mata.

Kediaman Villa Kemala sangat cantik untuk family gathering, company gathering dan sangat indah untuk menganjurkan majlis perkahwinan, majlis keraian, majlis doa selamat dan sebagainya.

Penginap Villa Kemala juga boleh menikmati kesejukkan air sungai yang berdekatan dan tersedia ruang parking khas dihadapan villa untuk kemudahan penginap Villa Kemala.

PERCUMA Pakej Urutan Cendana Canggi untuk 2 Orang.

bermula dari:

RM 1938

satu malam

FASILITI

Tingkat Bawah
 
  • 1 bilik tidur yang mempunyai 1 katil King.

  • 2 tilam tambahan.

  • Tandas di dalam bilik tidur utama.

  • Tandas bersebelahan dapur.

  • Penghawa dingin di ruang tamu & bilik utama.

  • Ruang tamu yang luas lengkap dengan sofa mewah, TV dan daybed.

  • Ruangan dapur yang selesa untuk memasak lengkap dengan bahan asas & peralatan memasak.

  • Set meja makan.

  • Kolam renang tertutup.

  • Basikal rekreasi (2 unit dewasa & 1 unit kanak-kanak)

  • Ruangan BBQ yang luas.

  • Astro Njoi

Tingkat Atas
  • 1 bilik tidur yang mempunyai 2 katil Queen.

  • 1 bilik tidur yang mempunyai 1 katil King.

  • Penghawa dingin di setiap bilik.

CENDERAHATI**

Produk Frozen DKBB
  • Ikan Lunak

  • Karipap Frozen

  • Cucur Badak Frozen

  • Ice Cream Bonda (Roselle, Tropika, Cermai, Asam Boi, Kedondong & Milo)

Gift Ekslusif

Signature Drinks

** Pemberian Cenderahati tertakluk kepada tempahan pada harga Normal sahaja. Tempahan pada harga promosi TIDAK LAYAK untuk mendapat cenderahati. Harap Maklum

Rumah Hutan Terapi Alam, Jalan Lama Genting, 44300, Batang Kali, Selangor
+6019-7908 133
+6016-247 2133
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube

© Copyright 2024. All Rights Reserved

bottom of page